Sunday, March 10, 2013

10/3/2013


Assalamualaikum Abang,

Abang?? eh, lain bunyinya. haha. hari ni kita berlakon semata-mata nak pergi jom masuk U. 
Awak jadi abang, saya jadi adik. jalan kat situ sambil pegang baju awak. 
ok, memang berhasil lakonan kita. *bangga* 
awak segan nak ambil beg yg diorang bagi ea? saya pula jadi mangsa. 
*DUSH DUSH*
nah! ambil tumbukan manja daripada saya. 
tapi semalam awak mesej, tak mahu saya jadi adik awak,
jadi wife saya.. ok?
oh, gugur jantung ini, tergugat iman ini. awak sangat SWEET! 
ahaha.. lepas tu dia sibuk buat smiley menggoda dia tu.. haha WEK!
 terima kasih kerana sudi pergi ke karnival bersama saya, sabar menunggu saya basuh ayam dan Perfume!!
terharu sangat. the most happiest day even kita hampir-hampir nak bergaduh.
terima kasih kerana memahami kenapa itu dan ini.
Hubungan dengan awak saya boleh jaga Insya-Allah.
hubungan dengan orang lain, tak dapat diduga.
harap awak faham.
maafkan saya.

10/3/2013

Saturday, March 9, 2013

9/3/2013

Assalamualaikum Aizat,

Hari saya sibuk sangat. cuba teka buat apa?? haha. saya tak nakal hari ni. saya buat lab report. Fining kepala saya. discussion panjang gila kot. tapi lagi panjang gila saya kat awak.
Awak mandrem saya ea? em...... saya rindu kat awak..
Saya harap awak bahagia kat rumah tu. kebahagiaan awak, kebahagiaan saya juga.
batuk-batuk ea sayang? masa kat rumah, rehatlah sepuas hati awak. saya harap awak sihat.
waktu malam, roomate saya hasut saya makan banyak-banyak. haha.. saya makan nasi dengan burger separuh. fuhh.. kenyang sangat. lepas tu saya pengsan ....

Selamat malam sayang.
9/3/2013

Friday, March 8, 2013

8/3/2013

Assalamualaikum Aizat, 

Pagi-pagi saya ada kelas. english pulak tu. sabar jelah. 
saya pergi kelas dulu dengan harapan awak akan bangun jam 9 nanti. 
Saya masuk kelas pun dengan harapan dapat kejut awk jam 9, mata ni tak berhenti tengok jam. 
Tengok lagi jam, ooh lagi 10 minit. tak apalah, tunggu kejap lagi.
Tapi, tiba-tiba cikgu english saya bersuara. ok. mula bincang jawapan. Saya pun dengan gelabahnya fokus kat buku latihan. Tiba-tiba lagi cikgu panggil nama saya, ok. buat muka tenang. padahal dalam hati Dup Dap.    Saya jawablah soalan. fuhhh lega sangat dan dapat hadiah homework satu. 
Bila kelas habis, saya minta maaf. saya memang lupa nak kejut awak.
Masa jalan depan ptpm, saya teringat.
"Ahhhh!!! Lupa nak kejut ejat!"
Saya terjerit pulak. opss.. terkantoi kat kawan-kawan yang saya kena kejut awak. 
but, its ok lah.. Nasib baik awak dah bangun. saja nak buat saya gelabah kan?? Nakal sangat, bukan nak bagitahu yang awak dah bangun. sempat belikan awak coklat. hhuhu.. sweet kan? saya memang sweet.
Jumpa awak, nampak muka bahagia nak balik rumah. i love that strength. Awak nampak bersemangat sangat. I'm Happy for you dear. Saya tumpang gembira :)
Saya tahu saya akan merindui awak. But its ok. saya ok. Tapi hati saya menangis. huhu. tak apa, saya dah pujuk hati saya. Awak pergi bersebab. 
Malam, saya pergi ceramah dengan cubemate saya. Antara cinta dan air mata. 
Ada dua orang panel, yang ustazah tu sangat sweet. cara dia bercakap, penuh kasih sayang, Hati saya tersentuh. Jika tangan kiri dan kanan kotor, macam mana nak bersihkan? 
Dengan Kelembutan kasih sayang. kita saling melengkapi antara satu sama lain.
Saya memang semangat nak pergi. Saya nak kita bercinta ke arah yang benar. 
Insya-Allah kita akan bersatu dalam ikatan yang sah. 
Aminn..

8/3/2013

Thursday, March 7, 2013

7/3/2013

Assalamualaikum Aizat,

Saya masih baru lagi menaip. Dan insya-Allah, saya akan terus menaip.
Kadang-kala, ada perkara yang kita tak boleh nak ungkapkan melalui percakapan.
Setakat ini, saya bahagia bersama anda :)

Hari ni? Ouch, kita hampir bergaduh lagi. 
Saya minta maaf. *muka sedih*
Tapi awak tetap sabar, nasib baik awak cool je. saya ni kejam sangatlah. 
DUSH DUSH *tumbuk muka sendiri*
Saya memang gelabah kalau ada kuiz. Memang mood terbang entah ke mana dah. Saya tak pandai, dan saya perlu belajar. tapi, kenapa kalau saya belajar, macam tak berguna?? 
DUSH DUSH *tumbuk muka sendiri lagi*
tapi, awak tenang je. memang kalau nak tulis balik semula tak sempat. ish,teruklah saya ni. lam mim ba ba. 
Awaklah satu-satunya lelaki yang saya boleh berkongsi masalah terutama sekali kewangan.
Sayang, makan mewah boleh. tapi sekali-sekala je ea. saya tak laratlah.
lagipun, sejak akhir-akhir ni, saya macam bertekad nak diet. haha. percayalah.
Saya tahu awak risau kalau saya tak makan. nanti saya sakit. 
tapi, memang sakit. serious. sampai saya terjaga masa tidur. melengkung badan sebab tahan sakit.
sabar jelah. apa-apa hal, saya bagitahu awak k. jangan risau ^_^

7/3/2013

Wednesday, March 6, 2013

6/3/2013

Assalamualaikum Aizat,

It Seems like life is getting better.
Jauhi pergaduhan. Saya akan cuba yang terbaik.

Bangun pagi, senam-senam sikit. haha.
Saya tahu awak masih guling-guling atas tilam yang empuk tu.
Menggeliat sana-sini. haha.. lucu.
Hari-hari saya kejut awak bangun tidur. 
BULI ea?? 
tak kisah pun. sayang kannn..
Eh, mestilah sayang. saya risau jugak kalau awak tak siap kerja.
Petang kita pergi dating. oppsss..
Spend time with is the happiest thing. 
Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya. macam nak meletup pun ada juga masa tu.
Tapi, bila tengok awak. lebih-lebih lagi bila awak senyum. sweet sangat.
cahaya semua muncul.. angin sepoi-sepoi..
haha.. lega sangat.. aura mana awak dapat ni? 

Then, malam-malam awak pergi latihan menari. semoga kurus sayang :)
menari bersungguh-sungguh.

6/3/2013