Tuesday, March 5, 2013

5/3/2013

Assalamualaikum Aizat,

Saat saya rasa teramat lemah, saat itulah awak ada untuk saya. 
Ya Allah, terima kasih kerana aku di kurniakan kekuatan untuk terus berjuang ke jalanMu.
Walaupun hanya sepatah ayat, "syg ok?" rasa tersentuh hati saya. 
Gugur air mata saya. Maka, gugurlah keresahan hati saya. 
Walaupun awak jauh, tapi hati kita dekat. 
Awak kuatkan lagi keikhlasan hati awak.
Ya, saya percaya. Setulus hati saya.
Awak sangat memahami saya, tahan dengan perangai saya.
Kenapa Aizat? Kenapa awak baik sangat dengan saya?
Saya bukan pertikaikan kurniaan tuhan.
Saya tak sangka, ada insan yang sudi menemani hati saya walaupun dia terluka.
Kemudian, awak telefon saya, "syg awk ok?"
Ya, saya akan ok. 
Izinkan saya lelapkan mata, lelapkan keresahan.
dan esok, dengan izinNya, 
saya akan bangun dengan semangat yang baru.
Saya akan senyum bila jumpa awak.
Saya akan cuba kurangkan kemarahan, keresahan saya.
Saya tak sanggup marah orang yang tak bersalah, apatah lagi orang yang saya sayang.
Terima kasih kerana sudi mendengar rintihan hati saya.
Dan hati ini memang untukmu.
5/3/2013



Monday, March 4, 2013

4/3/2013

Assalamualaikum Aizat,

Alhamdulillah, awak berjaya pertahankan hubungan kita.
Saya bersyukur ada teman di sisi saya yang sentiasa menemani saya, terima buruk baik saya. 
Walaupun saya selalu buat awak macam tak ada perasaan, tapi perasaan saya sangat mendalam untuk awak. Percayalah.
Saya minta maaf sebab asyik marah awak, tanpa sebab, sengaja buat awak sakit hati dengan saya. 
Masa tu barulah saya terasa betapa menyesalnya, kenapa saya buat macam tu? jahatnya saya.
Memang saya rasa terkilan bila awak pergi mana-mana dan tinggalkan saya macam tu je.
Tapi, siapalah saya. haha. melebih pulak. 
Saya nak berbual, bergurau senda dan saya nak awak tahu yang saya ada kat sebelah awak. 
Ya, memang saya rindu awak.
Hati saya kadang-kadang memberontak, dan saya dengan kejamnya nak awak tahu yang jiwa saya terseksa.
Memang ayat saya agak jiwang, mungkin awak akan tertawa. 
Tapi, semuanya terpulang pada awak untuk menilainya.
Maafi saya.

Saya sayang awak demi Allah dan saya berharap awaklah jodoh yang benar bagi saya. 
Saya sedar saya serba kekurangan, dan saya sedar kekurangan inilah yang membuktikan awak benar-benar ikhlas untuk saya. 
4/3/2013 AiSya